I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 1 May 2012

BUKU LOG


BUKU LOG - Sumber Dari SU PLN Sabah

Pengenalan:

Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.

Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.

Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.

Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.

Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.

NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI
Setiausaha Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

Kota Kinabalu
26 Disember 2008


APAKAH ITU BUKU LOG?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.

Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’

Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut.

Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?

Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku
3) Lencana Keris Perak - 1 buku
4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA
1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku
6) Ujian Sikap - 5 buku

UNIT PENGAKAP KELANA
1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku*

Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus dan seminar yang dijalani- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai

Nota :
Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.

MAKLUMAN:
Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.
1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
2) Buku Log Lencana Usaha
3) Buku Log Lencana Maju
4) Buku log Lencana Jaya
5) Buku log Pengembaraan
6) Buku log Lencana Jayadiri
7) Buku log Lencana Kegiatan
8) Buku log Lencana Kemahiran
9) Buku log Lencana Perkhidmatan
10) Buku log Lencana Ekspedisi
11) Buku Log Ujian Sikap
* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.


FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG

Saiz dan ketebalan



Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)



Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.


Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.

Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis.

Contoh maklumat adalah seperti berikut :
Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)
Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut

Halaman kedua

Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.

Nota :Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku logPenulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log




Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.





Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.

Kesimpulan

Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

MAKSUD DISEBALIK LAMBANG PENGAKAP DUNIA DAN PENGAKAP MALAYSIA

LAMBANG PENGAKAP DUNIA


1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

LAMBANG PEGAKAP MALAYSIA



1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap Muda",Merah - "Pengakap Remaja"
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.



APA ITU BUKA LOG???


APAKAH ITU BUKU LOG?


Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.


NOTA:Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut.Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku3) Lencana Keris Perak - 1 buku4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 bukuUNIT PENGAKAP MUDA1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2) Lencana Usaha - 1 buku3) Lencana Maju - 1 buku4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku5) Buku Log Pengembaraan - 1 bukuUNIT PENGAKAP REMAJA1) Lencana Ekspedisi - 1 buku2) Lencana Jayadiri - 1 buku3) Lencana Kegiatan - 1 buku4) Lencana Kemahiran - 1 buku5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian Sikap - 1 bukuUNIT PENGAKAP KELANA1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus dan seminar yang dijalani- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertaiNota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.MAKLUMAN:Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian2) Buku Log Lencana Usaha3) Buku Log Lencana Maju4) Buku log Lencana Jaya5) Buku log Pengembaraan6) Buku log Lencana Jayadiri7) Buku log Lencana Kegiatan8) Buku log Lencana Kemahiran9) Buku log Lencana Perkhidmatan10) Buku log Lencana Ekspedisi11) Buku Log Ujian Sikap* Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOGSaiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.

Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :Maklumat AsasNama PenuhNo. Sijil Lahir / Kad PengenalanTarikh dan Tempat LahirNo. telefon / Telefon bimbitAlamat e-mail / urlAlamat surat menyuratMaklumat KepengakapanTarikh Mula BerpengakapNama Sekawan / Patrol (terkini)No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)Nama dan alamat Sekolah (terkini)Daerah (terkini)Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetapNama Bapa dan pekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbitNama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebutHalaman keduaHalaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.Nota :Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku logPenulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.
KesimpulanApa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

LAGU PENGAKAP

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia



Monday, 30 April 2012

CONTOH SIJIL PENGAKAP RAJA


LENCANA PENGAKAP RAJA


LENCANA-LENCANA YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGAKAP RAJA


LENCANA JAYA DIRI


LENCANA KEMAHIRAN


LENCANA KEMAHIRAN


LENCANA EKSPIDISI


LENCANA PERKHIDMATAN




IKATAN DAN SIMPULAN PENGAKAP



BUKU SILA
Kegunaannya : -
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula



BUNGA KETI
Kegunaannya : -Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal



BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya : -
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat



LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya : -
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya


SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya : -
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.



SIMPULAN PENGAIL (Fisherman's Knot)
Kegunaannya : -Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin



SIMPUL PULIH
Kegunaannya : -
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh



LILIT BALAK
Kegunaannya : -
Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak


LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Lirik lagu undang undang pengakap : 
Dipercayai Taat Berguna
Bersaudara Berbudi
Kasihkan binatang Menurut Perintah
Tabah Hati , Berjimat
Suci fikiran, suci percakapan , suci perbuatan

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1.  Seorang pengakap hendaklah sentiasa bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.
2.  Pengakap hendaklah taat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, raja-raja, pemimpin, ibu bapa, majikan dan orang-orang yang di bawahnya,
3.  Pangakap adalah berguna dan sanggup menolong orang setiap masa.
4.  Pengakap bersahabat dengan semua pengakap di seluruh dunia tanpa mengira keturunan, bangsa, agama, kebudayaan, negara, warna kulit dan pangkat.
5.  Pengakap adalah seorang yang sempurna  pekerti dan sentiasa berbudi.
6.  Pengakap adalah baik dan kasihkan binatang.
7.  Pengakap adalah orang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua patrol dan pemimpin tanpa soal.
8.  Pengakap adalah seorang yang sentiasa tersenyum dan manis mukanya walaupun dalam masa kesusahan.
9.  Pengakap itu seorang yang jimat dan cermat.
10.  Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.


PESETIAAN PENGAKAP